KRAF : VARIASI GUBAHAN BUNGA

Sinopsis : VARIASI GUBAHAN BUNGA

Sudah lama anda mengimpikan untuk menggubah sendiri jambangan bunga, namun setiap kali mencuba, hasilnya tidak begitu memuaskan. Akhirnya, anda memilih jalan ringkas; cukuplah sekadar menempah atau membeli sahaja. Tetapi, tunggu dahulu! Bersama Sharnas Razni, anda pasti temui alternatifnya.

VARIASI GUBAHAN BUNGA menghimpunkan ratusan idea gubahan bunga segar dan bunga kering yang boleh dilakukan sendiri. Bagi anda yang inginkan kelainan, pelajarilah kepelbagaian teknik gubahan; dari gaya biasa dan kedesaan kepada yang terkini, tersendiri dan berseni. Saksikan sendiri himpunan fotografi berwarna dilengkapi panduan langkah demi langkah yang jelas dan mudah difahami.

Khusus bagi anda yang baru mula mencuba mahupun jika anda seorang penggubah bunga amatur yang ingin mencipta kelainan, kehadiran VARIASI GUBAHAN BUNGA ini pasti mampu merealisasikan impian selama ini. Tanpa melibatkan kos yang tinggi, cuba lakukan sendiri dan pastinya kepuasan menjadi milik diri!

Harga : RM 19.90
Halaman :176
ISBN : 983-124-131-2

Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd