Pindah Lokasi

Bukupopular.blogspot.com telah berpindah lokasi. Sila klik banner di bawah.

http://www.bukupopular.com/




KRAF : KOMPILASI CROSS-STITCH

Sinopsis : KOMPILASI CROSS-STITCH

CROSS-stitch ataupun dikenali juga sebagai jahitan silang pangkah merupakan salah satu jahitan sulaman yang paling ringkas dan mudah untuk dipelajari.

Buku ini mengemukakan cara membuat kad ucapan, kad hadiah, kad perayaan, pemandangan di Malaysia dan kad ucapan 3D dengan menggunakan jahitan silang pangkah.

Berdasarkan langkah-langkah mudah dan foto berwarna yang di sediakan, pasti anda dapat menghasilkan sendiri jahitan silang pangkah yang cantik dan menarik. Hadiahkan kepada yang tersayang, sahabat ataupun sebagai hiasan di rumah anda.


Harga : RM 8.00
Halaman :80
ISBN : 978-983-124-423-4
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

KRAF : VARIASI AKSESORI KRISTAL DAN MUTIARA

Sinopsis : VARIASI AKSESORI KRISTAL DAN MUTIARA

TANPA menghadiri sebarang kelas, VARIASI AKSESORI KRISTAL DAN MUTIARA ini ibarat guru yang mengajar langkah demi langkah. Anda pasti seronok membuat sendiri gelang kristal swarovski, anting-anting loop, rantai single dangling, cincin gugusan permata, choker, mahupun jam tangan mutiara.

Berbekalkan teks yang mudah difahami, foto berwarna yang jelas diikuti, ditambah dengan minat dan kreativiti, segala-galanya pasti menjadi realiti! Berbanggalah dengan hasil kerja tangan sendiri. Dan pasti terdetik di hati. 'Ohh...rupa-rupanya senang saja buat sendiri!'

Mudah, Murah & Meriah!

Antara topik yang terdapat di dalam buku ini:

-Kristal dan mutiara
-Peralatan dan bahan-bahan
-Teknik memasang stopper dan cangkuk
-Teknik memasang shell end
-Teknik anyaman
-Panduan penjagaan kristal
-Pelbagai rekaan aksesori memikat hati

Harga : RM 19.90
Halaman :112
ISBN : 978-983-124-371-8
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

KRAF : VARIASI HIASAN HANTARAN


Sinopsis : VARIASI HIASAN HANTARAN

Gubahan hantaran dan hiasan di majlis perkahwinan bagaikan satu kemestian yang tidak dipandang mudah. Bunga telur, bunga tangan dan bunga dulang yang cantik pasti menarik tumpuan dan memikat pandangan.

Bunga dip, bunga stoking, bunga gim, bunga sabun, bunga straw dan bunga reben kertas merupakan antara gubahan pilihan masa kini. Hasilnya yang tampak mewah membuatkan ramai tertawan dengan konsep hiasan ini.

Harga : RM 19.90
Halaman :176
ISBN : 978-983-124-407-4
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

KRAF : VARIASI GUBAHAN PENGANTIN

Sinopsis : VARIASI GUBAHAN PENGANTIN

Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan komprehensif untuk majlis raja sehari untuk mereka yang ingin membuat hantaran sendiri kerana kebanyakan gubahan direka dengan mudah dan ringkas. Amat sesuai untuk mereka yang kurang berkemahiran. Malah, buku ini merupakan pilihan tepat untuk anda yang tercari-cari bahan rujukan sebagai sumber ilham perkahwinan. Buku ini mengajak anda berkongsi pelbagai teknik menghias bagi menghasilkan gubahan yang mengagumkan.

Selain rekaan gubahan langkah demi langkah, dipaparkan juga pelbagai set gubahan dengan warna tema tertentu serta ratusan foto menarik. Andaikata tidak sempat menyediakan gubahan sendiri, gunakan foto-foto yang dipaparkan sebagai panduan bagi mendapatkan idea ketika membuat tempahan.

Tumpahkan sedikit kreativiti, ubah kebiasaan dan cipta kelainan. Dengan kreativiti yang anda miliki serta kombinasi idea kami, warnailah kegemilangan adat istiadat Melayu dengan seni gubahan yang menawan. Abadikannya sebagai kenangan terindah di hari bahagia.

Harga : RM 19.90
Halaman :176
ISBN : 983-124-281-5

Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

KRAF : VARIASI SENI MENGAIT

Sinopsis : VARIASI SENI MENGAIT

Kepada anda yang minat mengait, iaitu satu seni kerja tangan yang boleh dibuat sendiri, apa kata anda mencuba sesuatu yang baru melalui buku ini. Khusus untuk anda yang minat mempelajari cara-cara mengait tanpa perlu menghadiri sebarang kelas, VARIASI SENI MENGAIT dapat merealisasikan impian yang terpendam selama ini. Buku ini mengandungi pelbagai jenis fesyen mengait dengan disediakan panduan yang ringkas, mudah dan padat. Setiap contoh kaitan disertakan foto berwarna, gambar rajah serta arahan terperinci yang mudah difahami serta menarik.

Kandungan buku ini terdiri daripada beberapa bahagian iaitu knitting (kait jarum dua), krusye (kait jarum satu), kaitan pita, sulaman tangan, sulaman hiasan dinding serta sulaman tampal cantum. Antara contoh hasil kaitan yang boleh dijadikan pencetus idea ialah pelbagai jenis alas hiasan, selendang, sarung tangan, langsir, stoking, serkup teko dan banyak lagi.

Harga : RM 19.90
Halaman :176
ISBN : 983-124-224-6
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd